Pendidikan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) ialah bagi meningkatkan kecemerlangan potensi individu kanak-kanak prasekolah secara menyeluruh, seimbang, dann bersepadu. Pengetahuan dan kemahiran kanak-kanak ditingkatkan dengan pemupukan dan pengukuhan kepada amalan nilai-nilai murni usaha-usaha dan program yang terancang, berstruktur, dan berterusan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan pewaris cemerlang negara yang dibimbing dan dididik dalam suasana dan persekitaran yang sihat, bersih, ceria, dan selamat di samping kerjasama erat dengan ibu bapa.
Latar Belakang KEMAS
Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim di kalangan masyarakat umum sebagai KEMAS adalah lanjutan dan Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961 melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program "Pembasmian Buta Huruf". Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi bua huruf ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan kepada konsep "Functional Literacy" oleh UNESCO sebagai satu usaha untuk menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai satu strategi membangunkan masyarakat Luar Bandar.
Berikutan pelancaran "Dasar Ekonomi Baru" (1970), bahagian ini telah ditukar namanya kepada "Bahagian Kemajuan Masyarakat (KEMAS); dengan penekanan kepada usaha pembangunan masyarakat dalam erti kata sebenar.
Visi KEMAS
"Menjadikan KEMAS sebuah organisasi yang berwibawa dalam pembangunan masyarakat"
Misi KEMAS
>Memberikan perkhidmatan yang cemerlang melalui penggunan dan pengurusan sumber secara optima.
>Memperkukuhkan sikap positif dan mengamalkan nilai-nilai murni di kalangan anggota KEMAS dan masyarakat desa ke aras pembangunan yang lebih seimbang.
>Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta penguasaan teknologi terkini supaya masyarakat desa bijak menguruskan sumber ke tahap optima.
Objektif KEMAS
"Membangunkan Masyarakat Luar Bandar agar berilmu, berkemahiran, maju dan berdaya saing serta memiliki nilai-nilai murni untuk mencapai pembangunan menyeluruh dalam menghadapi era globalisasi"
Mula beroperasi pada 8 Februari 1996 yang bermula penempatan di Bandar Tenggara.
Memandangkan kebanyakan kanak-kanak yang mendaftar di kelas ini datangnya dari Taman Sayong Pinang,
Ketua UMNO Cawangan Bandar Tenggara pada ketika itu telah mengambil daya inisiatif memindahkan kelas ini ke Balairaya Jalan Pinang Hijau, Taman Sayong Pinang denagn persetujuan pihak KEJORA.
Pada awalnya terdapat terdapat dua kelas sahaja yang diberi nama Kelas Mawar dan Kelas Teratai.
Kelas Mawar gurumya bernama Azizah binti Kuman yang kini dikenali dengan nama Kelas Sri Bestari Satu,
manakala Kelas Teratai pula bernama Puan Rokiah binti Hamid selaku pembantu TBK telah menerajui kelas ini selama satu tahun. Kemudian pada tahun 1997 Puan Jariah binti Samin selaku guru baru telah mengambil alih tugas mengajar di Kelas Teratai yang kini dikenali sebagai Kelas Sri Bestari Dua. Pada tahun berikutnya kelas tabika telah bertambah kepada lima buah kelas memandangkan pendaftaran kanak-kanak yang kian mendapat sambutan dikalangan masyarakat setempat.
Pada hari Isnin, 14 Januari 2002, kelas Sri Bestari telah berpindah ke bangunan baru yang dinamakan "BANGUNAN PEKA" (Pusat Perkembangan Kanak-Kanak) yang bukan sahaja TABIKA tetapi TASKA (Taman Asuhan Kanak-Kanak). Bangunan ini dibina dari peruntukan KEMAS yang menelan belanja RM 400,00.00 (empat ratus ribu ringgit Malaysia). Sehingga kini TABIKA SRI BESTARI beroperasi dari jam 7.30 pagi hingga 11.30 pagi dengan bilangan kanak-kanak melebihi 100 orang.